Wednesday, June 6, 2012

Kisah Uda dan Dara

Assalamualaikum babes and dudes again..


Ada yang cakap macam kite macam chipsmore sebab sekejap ada sekejap hilang.  Terlalu sibuk tolong ibu sebab itu jadi macam chipsmore. Teehee ^__^


Pernah dengar Kisah Uda dan Dara kan?? Hari ini kite macam teringin nak story telling macam masa sekolah rendah dulu.. So cerita saya pada hari ini ialah KISAH UDA DAN DARA ^___^


Suatu masa dahulu dii sebuah kampong terdapat sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta. Malangnya perhubungan mereka terhalang kerana kehidupan uda yang miskin dan tidak berharta. Bapa si dara yang memandang harta itu hanya bersetuju mengahwinkan anaknya dengan uda hanya apabila si uda mampu untuk menyediakan wang hantaran sebanyak 1000 wang emas dalam masa satu tahun. Sekiranya gagal dara akan dikahwinkan dengan pilihan keluarga.

Uda pun bersetuju untuk menyediakan wang hantaran itu dalam masa yang ditetapkan. Maka setelah berjanji setia dengan si dara, uda pun berangkatlah keluar dari kampong untuk mencari kerja dan berazam untuk berjimat cermat mengumpul wang hantaran.

Apabila sampai di bandar baru si uda pun bekerja keras lah siang dan malam demi menunaikan hajat bapa si dara. Namun setelah setahun berlalu, uda masih lagi gagal untuk menyimpan 1000 wang emas. Uda pun berputus asa dan meneruskan kehidupannya di bandar itu. 

Manakala di kampong pula satu kejadian buruk telah berlaku, dimana bapa si dara telah meninggal dunia. Si dara yang hidup sebatang kara merasa teramat sedih akan kematian bapanya itu lantas menjual segala harta pusaka untuk mencari uda di bandar.

Dalam perjalanan ke bandar si dara telah di rompak hingga habis segala hartanya. Dengan berbekalkan semangat yang berkobar kobar untuk menemui uda, si meneruskan juga perjalanannya hinggalah sampai ke satu pelabuhan di mana kapal yang bakal berangkat di waktu itu boleh membawanya ke bandar di mana uda menetap.

Malangnya dara sudah kehabisan wang untuk membayar kepada kapten kapal sebagai tambang. Si dara merayu rayu kepada kapten kapal supaya membenarkannya menumpang dan berjanji akan membayarnya setelah sampai di bandar nanti.

Dara yang mempunyai bentuk badan yang cantik itu telah membuatkan kapten kapal bersetuju tetapi dengan bersyarat. Dan syaratnya amat berat untuk dara tunaikan. Namun mengenangkan betapa mendalamnya cinta dara kepada uda dan betapa rindunya dara untuk menemui si uda maka dara akhirnya bersetuju untuk menyerahkan tubuhnya kepada kapten sebagai tambang menumpang di kapal itu.

Setelah berminggu minggu pelayaran maka sampailah dara ke destinasi di mana uda berada. Sebaik sahaja menemui uda maka berderailah airmata dan rindundendam selama ini. Uda pun begitu genbira kerana dara telah ada di pangkuannya. 

Maka di bawanya lah dara kerumahnya dan berbual buallah mereka sebagai pasangan kekasih yang bahagia. Setelah beberapa hari dirimahnuda, maka di tanya lah uda bagaimana dara boleh sampai ke bandar. Si dara pun berceritalah mengenai ayahandanya yang telah meninggal dunia dan bagaimana dia menjual segala hartanya sehinggalah hartanya dirompak. 

Apabila tiba disaat bercerita mengenai kapten kapal yang telah merampas kedaraannya maka bercurahan lah airmatanya mengenangkan pengorbanannya demi untuk berjumpa uda. Sangkaannya uda akan simpati dan menerima dirinya dengan seadanya kini.

Ternyata sangkaannya meleset, si uda dengan hati yang marah telah menghalaunya dari rumah kerana telah menduakannya. Si dara dengan tangisan yang tidak berhenti henti menyalahkan pula si uda kerana tidak mahu pulang ke kampong walaupun sudah genap satu tahun. Dara berpendapat sekiranya uda pulang kekampong, kejadian yang tidak diingini itu mungkin tidak berlaku. Malah mereka boleh berkahwin kerana ayahandanya pun sudah meninggal dunia.

Si uda pula menyalahkan bapa si dara kerana menetapkan wang hantaran yang terlalu tinggi dan mustahil untuk diperolehi dalam masa satu tahun. Oleh yang demikian uda berpendapat mungkin dara sudah di kahwinkan atas pilihan ayahandanya setelah satu tahun berlalu.

Setelah saling salah menyalahkan berlalu beberapa lama maka si dara pun berangkatlah pulang. Sekali lagi dara menaiki kapal yang sama di mana kapten itu mahu juga perkara yang sama. Dara memohon supaya kapten kapal beekahwin saja dengannya kerana hanya kapten kapal saja yang pernah merasai tubuhnya. Kapten menolak untuk berkahwin kerana kapten tidak percaya dara tidak menyerahkan tubuhnya kepada uda sepanjang tinggal di rumah uda.

Menangislah dara mengenang nasib malangnya.....



Renung-renungkan..


Thanks for reading this entry ! :)

Friday, May 18, 2012

Sudah Berjaya ! ^__^

Assalamualaikum hello hii babes and dute ..

Today dengan gembira dan bahagianya saya nak bagi tahu anda semua yang saya sudah berjaya buat "Felt Craft" yang diimpikan tu ! (

Hambek kau ! Tiga biji saya buat mula mula hari tu..
Yang ni dah habis kak Ina yg keje dgn ibu tu borong..


Macam biasa lah perangai Miss Shikin bila dah berjaya buat something yang dia nak mula lah ketagih gilos sampai tak mau berhenti buat.

Once upon a time

Ibu: Kin jom la tolong ibu buat coklat..
Saya(Shikin): Jap bu..nak jahit sikit

Itu je la dialog saya dengan ibu kat rumah...  Saya still buat coklat tapi sekejap sekejap je lari masuk bilik nak sambung jahit. Huahaha 

Now felt craft dah pun jadi product baru She Keen Enterprise..boleh la datang jenguk jenguk kat page kami ya ^_^

CLICK HERE (Bawah ni okey)

Thanks for reading this entry ! <3





Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum hello hai teman teman..

jom tengok apa yang saya share ni !
Nampak macam remeh tapi sebenarnya info ini sangat berharga kalau anda luangkan cuma beberapa minit untuk baca article ni <3

http://shikin.says.com/recommendations/pride

Friday, May 4, 2012

Felt Craft Yang Comel !

Assalamualaikum hello hii babes n dudes yang comelz cantek lagi ohsem !

Hari ni tanpa segan silunya saya nak kongsi sedikit minat saya tapi saya tak reti pon nak buat.  Felt Craft, sudah lama sebenarnya saya teringin nak belajar buat benda ni tapi tak pernah ada kesempatan.  Orang lain dah macam-macam bentuk buat saya baru nak cari barang-barang untuk buat..hehe .  Memalukan sungguh saya ni bukan .. Haihh .

Tapi tak apalah..tak tahu kena la belajar kan.  jadi konklusinya saya pun search internet untuk dapatkan details tentang benda ni haa...hasilnya saya jumpa la satu blog yang jual benda-benda untuk buat Felt Craft ni dari A to Z semua dia ada jual.. dah order malam tadi..isnin or selasa sampai lah..hihi

* Kalau ade sape2 yang dah expert tu turunkan la ilmu kt saya ae..hee

Sambil-sambil saya nak promote la chocolate yg saya buat. Cantik+Sedap.
*Tempahan untuk doorgift, hantaran, birthday, engagement etc semua diterima,
* best price !
* hubungi 017 6069193 Shikin
^_^


Thank you for reading this entry ! <3



Thursday, May 3, 2012

PolkaDot Cantek

Tudung Polka Dot Cantek <3
Material : Cotton + Thai Silk
* Confortable
* RM 20



Berminat ?
Hubungi 017 6069193 Shikin
^_^

Wednesday, May 2, 2012

IMP [ Islamic Manufacturing Practice ]

Assalamualaikum hello hai aweks2 and pakwes2 sekalian.. ^_^

Setiap hari umur saya akan bertambah sehari demi sehari.  Nampak sangat saya ni semakin membesar, bukannya mengecil jd konklusinya perangai tu mestilah seiring dengan usia kan.  Alhamdulillah Tuhan dah bagi yang terbaik untuk diri saya ni and saya sangat-sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang sebab saya mampu bantu ibu dan diri saya sendiri untuk teruskan hidup ni.  Akan datang InsyaAllah saya nak bantu abah pulak.

Nampaknya di perenggan pengenalan saya dah mula melalut tak tentu pasal tapi ape yang saya cakap tu fakta ya bukan auta.  Sebenarnya saya nak kongsi pengalaman saya semasa menyertai Kursus Sejuk Beku bersama Jabatan Pertanian di Manong Perak 24 hingga 27 April lalu.  Pengalaman ni sangat berharga sebab itulah saya nak kongsi dengan semua orang ! <3

Apa yang saya dapat semasa kursus ini ??

# Rasanya semua orang tau saya ni tak pandai masak kot... Yang saya pandai masak nasi, masak air, goreng telur dan yang sewaktu dengannya. :)  Kursus sejuk beku yang saya sertai tu kitorang buat kuih koci, otak-otak ikan dan udang dan Apam Polkadot. (orang lain dah advance saya bru nk belajar buat apam tuh. MALU) hehe

# Kami diajar untuk mengamalkan GMP semasa di dapur.  GMP tu apa?? Saya pun mula2 tak tau juga GMP tu ape ..lepas kursus tu baru saya tau... GMP (Good Manufacturing Practice) perlu diamalkan oleh pengilang-pengilang untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan bersih, berkualiti dan bebas dari kuman2 perosak yang boleh mengakibatkan kecelakaan terhadap pengilang itu sendiri atau pengguna yang membeli produk itu..

# Tajuk IMP apesal tiba-tiba cerita buat frozen food la GMP la..? Ade kaitan sebenarnya semua tu... Sevbenarnya hari terakhir kami di Manong ni, kami dibawa melawat ke kilang yang mengamalkan IMP (Islamic Manufacturing Practice) boleh dikatakan lebih bagus dari IMP sebab..semua orang pun tahu kan ajaran Islam ni semuanya mementingkan kebersihan kan.

# Yang menarik di kilang IMP yang kami lawati ini, mereka keluarkan pelbagai produk kecantikan, kesihatan, makanan, minuman dan macam-macam lah.

# Jom kita usha usha serba sikit gambar yang saya dapat masa di kilang ni ^_^


Sampai je di lokasi kami bergambar dulu ! Saya dikelilingi ibu-ibu  !!
<3

Cuba cari saya ! :P

hehehe



Yang ini kedainya..mcm2 ade jual kt sini. Rempah RrempahAN pon ada tau .
Semua dijamin Halal .

** Yang menariknya sebelum masuk ke dalam kilang ni ktorg semua sama2 baca asma ul husna bersama pekerja2 kilang ni...baca doa sebelum masuk..
Ini la pengalaman berharga sekali !

Di bahagian Kosmetik.  Ini antara botol-botol untuk kosmetik.  Saya dh lupa kosmetik ape yang  ambil produk di kilang  ni tapi ade la beberapa kosmetik yang saya pernah dengar.


Salah satu produk kesihatan.


Akak ni tengah buat packaging. Diorang ni murah dengan senyuman n ramah sgt !

Minuman untuk minda kanak2.



Ini semua antara produk yang ada di kedai bersebelahan kilang ini.

Madu


Krim kecantikan untuk wanita



Susu untuk bayi pun ada..


Coffee.  Saya dah rasa yang Baroka Cafe tu sedap tau.  Saya yg x suka coffee pon jd suka ..hehe

Gambar ni bukan di kilang..tp di Jabatan Pertanian Manong ...ini masa hari terakhir kursus kami.

Lelaki yang duduk and sebelahnya adalah tenaga pengajar kami.

# Dapat snap gambar skit2 je sebab teruja sangat tengok kilang ni kan...
InsyaAllah esok kalau saya free banyak lagi benda yang saya nak kong bersama !!

Thanks for Reading this Entry ! <3

Saturday, April 14, 2012

|| Penjagaan Tudung Bawal ||

Assalamualaikum hello hii babes and dudes ..


Whoa lama kan aku tak update blog nih. Maklumlah busy dengan study and business kecilku lah katakan. :P


Berbalik kepada tajuk yang dah aku pilih untuk hari ni lah kan...sebenarnya aku sangat-sangat rindu nak menaip and aku ambil kesempatan ini untuk share sedikit info dengan anda semua mengenai "Penjagaan tudung Bawal" yang nowadays tengah Hot Gilosssss kan..


Haaa..Info yang Shikin nak share ni tak seberapa pun and maybe most of you ollz dah tau. Tapi nak share juga sebab mane lah tau ade yang belum tau kan..hhihihi


Tudung bawal memang sangat cantik...tapi sangat lah sensitif. Kebanyakan tudung bawal tak kesah la dari jepun ke, kelantan ke or mana-mana pun material dia nipis dan bergantung kepada jenis kain bawal itu sendiri.. 

Inilah cara penjagaan bawal <3
  1. Basuh guna tangan. Jangan la guna berus atau mesin basuh kalau nak pakai bawal tu lama ehh :P
  2. Rendam sekejap sesdikit serbuk pencuci yang lembut.. Ha!! Jangan gunakan peluntur okeyy.. Gogok-gosok je guna tangan selembut yang boleh pastu bilas then sidai tudung yang dah siap di basuh tuh..
  3. Kalau boleh elak guna softener sebab nanti tudung tu jadi lembik pastu susah untuk dibentuk. (pastu mengamok depan cermin tak tentu pasal :P)
  4. Yang semua orang pun tauk kan..Elak dari 'direct sunlight' so that warna dia tahan lama and tak pudar.
  5. To make sure batu-batu kristal atau manik kekal melekat and tak tercabut, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada iron.
  6. Kalau nak simpan tudung bawal tu sangkut elok-elok or ikat dekat hanger.
  7.  Masa nak pakai tudung, guna kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam..bru la tudung tu tak berlubang-lubang dan rosak akibat tersangkut.
Okey selesai sesi Shaing is Caring ..

Selamat menjaga tudung bawal semua ! ^_^

Monday, February 20, 2012

formspring.me

hello...u can juz ask me anythingg or any probs 2 share with...that is not too sensitive whether 2 u or anybody.. http://www.formspring.me/shikinwahab91

Degree : Nak sambung ke tak nak??

Assalamualaikum hello hii babes and dudes..

Whoaa..lama sungguh tak update blog ni.
Maklumlah..bz sikit sebab last sem da kan..assignment jangan kira la sihat die macam mana kan.
Berita baik untuk diri sendiri..Twitter saya sudah berfungsi..hahah (x ada kena mengena dgn topik)

Okey back to the topic..its about NAK SAMBUNG DEGREE KE X NAK.  Semestinya jawapan aku NAK sebab memang aku dah nekad mcm mana pon aku kena amem degree walaupon aku ni nak kata bodoh ta de la bodoh sgt..cuma kurang cerdik jee..haa lepas habis degree nak tergolek ke ape ke lantak kau lahh .

Tapi yang menjadi masalah sekarang is aku ni dalam dilemma nak pilih course untuk degree nanti.. hehe
Padahal diploma pon x habis lagi da kecoh pasal degree. Apedaa Shikin ni..

Tapi tak salah pon kan berangan lebih-lebih..nanti benda yang kita berangan tu lah yang menjadi...

KENAPA nak sambung degree??
1) Aku rasa diploma macam kurang cukup untuk aku..
2)Aku belum puas hati dengan kerenah, perangai, attitude, habit dan sebagainya semasa amek diploma ni. (nak tau mcm mane kerenah aku ke hape ke haa tanye la member2 aku or tanga sepupuS kuku-kupu aku) Kompom dorang jawab SHIKIN TU MCM PUAKA.
3)InsyaAllah kalau aku dieri peluang and ada rezeki bleh la aku ubah perangai aku yang puaka nak mam ni kan..(at least aku mengaku kan)
4)Aku nak pnuhi impian ibu and abah and buktikan kt sume orang walaupon result SPM aku tak sehebat sepupu sepipit aku yang lain..aku bjaya masuk universiti gop okeyyyyyy ...
5)Teringin nak study kt puncak alam sebenarnya. huahahaha

Okey sebelum aku mengarut dengan lebih kritikal adalah lebih baik aku akhiri ucapan aku hari ini dengan bacaan alfatihah.

Tiba-tiba rindu sama tok wan.. AFATIHAH untuk tok wan.. <3

Thanks for Reading this Entry !