Tuesday, October 4, 2011

Campak Bayi??

salam...


Pernah tak korang dengar seorang ibu cakap..melahirkan anak is sesuatu yang mudah yang boleh dilakukan bila-masa je?? Kalau pernah maybe orang yang cakap tu kurang sihat waktu tu or memang kurang siuman.  Aku bukan berniat nak memburukkan siapa-siapa.  Walaupun aku bukan seorang ibu tapi aku sangat2 terkilan dengan apa yang dah jadi kat dunia ni.

Kes-kes buang baby semakin menjadi-jadi.  Agaknya ape la perasaan ibu yang melahirkan baby tu and then buang baby tu kan???

Baru-baru ni ade lagu kes buang baby melibatkan seorang remaja dan cara dia buang tu memang minta pelempang je kan.  Tak ada hati perut langsung dia sampai sanggup campak baby tu.  Dia ingat baby tu barbie doll ke???  Barbie doll pon orang jaga elok-elok inikan babyyang tak berdosa tu.


(Kejadian di tingkat dua, Blok B, Pangsapuri Selayang Segar, Gombak, jam 6 pagi 3 Oktober 2011.
Kejadian disedari penduduk setelah melihat wanita itu mundar-mandir di bawah pangsapuri ini jam 7:45 pagi.
Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui di dalam longkang oleh penduduk yang mahu keluar bekerja.
Penduduk turut menemui kesan darah pada kain cadar dan selimut dipercayai digunakan ketika melahirkan bayi itu.
Wanita berusia 19 tahun itu dikenali Nor Atika Kamarulzaman, pekerja sebuah restoran.
Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.
Siasatan akan dijalankan sama ada wanita itu membuang anaknya ketika masih hidup atau sudah mati selepas dilahirkan.

sumber: berita tv3

Okey..aku cuma nak cakap..kalau la dia ada masalah nak jaga baby tu pun banyak lagi jalan penyelesaian kan.  Nampak sangat cetek akal sampai boleh buat benda kejam macam tu..kucing pon sayang anak dia...

Cetek akal tu okey la juga..maybe dia kurang didikan agama.  Act aku pun tak la bagus sangat bab2 agama tapi aku masih boleh bezakan halal and haram sesuatu perbuatan.  Tapi if xtau halal haram pun mustahil la die x rasa yang baby tu lahir dari rahim dia...  Dia kebal ke sampai sanggup buang baby tu?? Orang lain lahirkan anak bertarung nyawa..tapi dia pulak bila selamat lahirkan campak pulak.

If tak nak baby tu boleh bagi orang..byk orang yang nak baby tu..If x nak bagi orang and nak buang jugak..buang elok2 . . .jgn la main campak-campak.  If baby tu da meninggal masa dia melahirkan pon ada caranya nak buat..

Maaf aku terlalu emo sebab aku tak sanggup tengok baby tu macam tu...  Aku sure semua orang rasa apa aku rasa.  Cuma aku nak ingatkan diri sendiri..ape2 masalah pun mesti ada jalan penyelesaian yang betul..jangan pilih jalan yang akan menyusahkan dri sendiri..

Baby tu x berdosa..  Aku bukan ustazah untuk nasihat ape2 tapi aku sorang perempuan, sorng anak and bakal jadi seorang ibu satu hari nanti and aku mesti nasihatkan diri aku and kawan2 setakat yang aku mampu.


Thanks for reading this entry ! ^_^

No comments:

Post a Comment