Thursday, March 13, 2014

Assalamualaikum...

Lama sangat dah rasa tak update blog ni.. Diari pun tak tertulis so rasa hari ni ada sikit masa untuk share sesuatu yang  berharga untuk didi aku tapi agak annoying untuk hampa semua. Maaf la ye.. ^___^

Cerita bermula di sini... *acah-acah flashback*

Okay semua orang dah tanya ni sebenarnya cerita apa??
Ini cerita rojak which semua cerita aku campur-campur kat sini yang bermula dari 9-11-2013 hingga cerita terbaru 13-03-2014.  Lama kan?? 

Once upon a time..
Nampak tak flyers comel kat atas tadi tu?? Masa tu aku pi Ipoh as stated in the flyers la kan aku pi untuk join gig organized by kawan aku kat sana and kebetulan band kawan aku satu lagi ni ANGELIKA perform jugak.  So atas persetujuan ahli keluarga lain Unregistered High School kitorang decide nak overnight kat sana.  Seperti yang tertera di flyers jugak semua tu kitorg buat and enjoy.. satu ja tak dapat nak buat sebab time tu hujan pulak.  Cuba teka apa??

~Nothing Underneath punya cerita~

Kitorang sampai studio gig dlm pukul..4 something.  Tak ingat tapi lebih kurang la...  Angelika perform lambat lagi and kitorang pulak keletihan sebab asyik mengekek je dalam kereta masa dalam perjalanan nak pegi Ipoh tu kan so A'an cakap nak pi tengok homestay duli mandi rehat solat then pi studio balik.  So kitorang buat seperti yang dirancang..

Lepas maghrib gerak pi studio and tengok la band band yang perform malam tu sementara tunggu turn Angelika..  Tunggu punya tunggu aku dah tak tahan dengan kepanasan studio yang tengah dung gang dung dang akuu pun turun lepak kedai makan kat bawah..  Lama jugak aku duduk bawah dengan dorang ni.  And suddenly a'an panggil naik sebab Angelika nak perform lepas satu band main..  Aku pun naik dengan excitednya. hihi

Sampai atas ada satu band tengah perform last song yang aku tak tau lagu apa dorang ni nyanyi and tak tau jugak band apa.  Tapi dorang ni awesome sampai buat aku sibuk busy body tanya orang "ehh ni band apa?" (padahal bukan reti sgt pun pasal band2 ni).
Ada sorang laki ni tolong jawankan.. "Ini band Nothing Underneath" katanya..
So aku pun senyum lebaq selebaqnya macam ni ^_____________^

Aku jatuh hati dengan band ni sebab dorang ada satu aura yang boleh tarik budak budak yang pi gig ni stay depan stage like seriously awesome !  Rasa macan rugi sangat tak tengok dari mula.. dalam hati mula la kata.. "kan besat kalau boleh kenal dorang ni" hikss *gatal*

So lepas Angelika perform ada dua band lagi perform lepas habis dua band tu kitorang pun balik sebab suma kelaparan+kepanasan.  esoknya kitorang pi mandi kat Hot Spring Sungkai.  Kali kedua pi mandi situ dengan UHS and Angelika.  Memang macam-macam aksi la dorang ni buat..  Ehem. Bukan dorang je aku pun beraksi jugak walaupun tak la active sangat. HAHA

Jom !!


Sebelum mandi aktiviti wajib ialah bergambar.  Tapi macam biasa la..jurugambar tidak dibenarkan berada di dalam gambar atas tugasan beliau.


Malam tak sabar nak mandi tapi sempat sengih.  Aku tengah sakit mata sebenarnya tapi gagah jugak nak ikut mandi haa..


Sedang menahan kaki yang sedang dibakar.. Still boleh control senyum. Hebat kan??


Aku tak pasti kenapa semua gambar pun aku dok tutup muka. -.-

Sambungan......

Balik dari Hot Spring aku terus balik Parit Buntaq sebab ada urusan kerja.. Tapi benda pertama aku buat bila nampak lappy is..aku bukak facebook and carik page band yang aku dah jatuh cinta tu and radaaa! juma jugak akhirnya ! Aku pun like la and mulakan kerja-kerja LIKE and comment. HOHOHO

And guess what happen next??

Selamat meneka sebab aku tak nak cerita kat sini sekarang..  Yang aku boleh cerita satu ja...

20-11-2013
Aku kenal rapat seseorang yang banyak ajar aku erti kehidupan..banyak ubah hidup aku...  


13-03-2014 
Aku semakin bahagia and sayangkan dia walaupun di antara dua tarikh ni banyak suka duka aku lalui dengan dia.. Walaupun lepas tarikh kedua ni akan ada lagi dugaan dan rintangan yang aku perlu lalui..  Aku akan jaga hubungan ni sebaik-baiknya...  Dia yang aku kenal.. Z bukan nama sebenar.  Yang aku tunggu dari kau adalah lafaz "Aku Terima Nikahnya" and harap kau tak lupa nama penuh aku masa tu.


Woot woot. Photoshoot session dalam fitting room H&M.

Bye !



Wednesday, June 6, 2012

Kisah Uda dan Dara

Assalamualaikum babes and dudes again..


Ada yang cakap macam kite macam chipsmore sebab sekejap ada sekejap hilang.  Terlalu sibuk tolong ibu sebab itu jadi macam chipsmore. Teehee ^__^


Pernah dengar Kisah Uda dan Dara kan?? Hari ini kite macam teringin nak story telling macam masa sekolah rendah dulu.. So cerita saya pada hari ini ialah KISAH UDA DAN DARA ^___^


Suatu masa dahulu dii sebuah kampong terdapat sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta. Malangnya perhubungan mereka terhalang kerana kehidupan uda yang miskin dan tidak berharta. Bapa si dara yang memandang harta itu hanya bersetuju mengahwinkan anaknya dengan uda hanya apabila si uda mampu untuk menyediakan wang hantaran sebanyak 1000 wang emas dalam masa satu tahun. Sekiranya gagal dara akan dikahwinkan dengan pilihan keluarga.

Uda pun bersetuju untuk menyediakan wang hantaran itu dalam masa yang ditetapkan. Maka setelah berjanji setia dengan si dara, uda pun berangkatlah keluar dari kampong untuk mencari kerja dan berazam untuk berjimat cermat mengumpul wang hantaran.

Apabila sampai di bandar baru si uda pun bekerja keras lah siang dan malam demi menunaikan hajat bapa si dara. Namun setelah setahun berlalu, uda masih lagi gagal untuk menyimpan 1000 wang emas. Uda pun berputus asa dan meneruskan kehidupannya di bandar itu. 

Manakala di kampong pula satu kejadian buruk telah berlaku, dimana bapa si dara telah meninggal dunia. Si dara yang hidup sebatang kara merasa teramat sedih akan kematian bapanya itu lantas menjual segala harta pusaka untuk mencari uda di bandar.

Dalam perjalanan ke bandar si dara telah di rompak hingga habis segala hartanya. Dengan berbekalkan semangat yang berkobar kobar untuk menemui uda, si meneruskan juga perjalanannya hinggalah sampai ke satu pelabuhan di mana kapal yang bakal berangkat di waktu itu boleh membawanya ke bandar di mana uda menetap.

Malangnya dara sudah kehabisan wang untuk membayar kepada kapten kapal sebagai tambang. Si dara merayu rayu kepada kapten kapal supaya membenarkannya menumpang dan berjanji akan membayarnya setelah sampai di bandar nanti.

Dara yang mempunyai bentuk badan yang cantik itu telah membuatkan kapten kapal bersetuju tetapi dengan bersyarat. Dan syaratnya amat berat untuk dara tunaikan. Namun mengenangkan betapa mendalamnya cinta dara kepada uda dan betapa rindunya dara untuk menemui si uda maka dara akhirnya bersetuju untuk menyerahkan tubuhnya kepada kapten sebagai tambang menumpang di kapal itu.

Setelah berminggu minggu pelayaran maka sampailah dara ke destinasi di mana uda berada. Sebaik sahaja menemui uda maka berderailah airmata dan rindundendam selama ini. Uda pun begitu genbira kerana dara telah ada di pangkuannya. 

Maka di bawanya lah dara kerumahnya dan berbual buallah mereka sebagai pasangan kekasih yang bahagia. Setelah beberapa hari dirimahnuda, maka di tanya lah uda bagaimana dara boleh sampai ke bandar. Si dara pun berceritalah mengenai ayahandanya yang telah meninggal dunia dan bagaimana dia menjual segala hartanya sehinggalah hartanya dirompak. 

Apabila tiba disaat bercerita mengenai kapten kapal yang telah merampas kedaraannya maka bercurahan lah airmatanya mengenangkan pengorbanannya demi untuk berjumpa uda. Sangkaannya uda akan simpati dan menerima dirinya dengan seadanya kini.

Ternyata sangkaannya meleset, si uda dengan hati yang marah telah menghalaunya dari rumah kerana telah menduakannya. Si dara dengan tangisan yang tidak berhenti henti menyalahkan pula si uda kerana tidak mahu pulang ke kampong walaupun sudah genap satu tahun. Dara berpendapat sekiranya uda pulang kekampong, kejadian yang tidak diingini itu mungkin tidak berlaku. Malah mereka boleh berkahwin kerana ayahandanya pun sudah meninggal dunia.

Si uda pula menyalahkan bapa si dara kerana menetapkan wang hantaran yang terlalu tinggi dan mustahil untuk diperolehi dalam masa satu tahun. Oleh yang demikian uda berpendapat mungkin dara sudah di kahwinkan atas pilihan ayahandanya setelah satu tahun berlalu.

Setelah saling salah menyalahkan berlalu beberapa lama maka si dara pun berangkatlah pulang. Sekali lagi dara menaiki kapal yang sama di mana kapten itu mahu juga perkara yang sama. Dara memohon supaya kapten kapal beekahwin saja dengannya kerana hanya kapten kapal saja yang pernah merasai tubuhnya. Kapten menolak untuk berkahwin kerana kapten tidak percaya dara tidak menyerahkan tubuhnya kepada uda sepanjang tinggal di rumah uda.

Menangislah dara mengenang nasib malangnya.....



Renung-renungkan..


Thanks for reading this entry ! :)

Friday, May 18, 2012

Sudah Berjaya ! ^__^

Assalamualaikum hello hii babes and dute ..

Today dengan gembira dan bahagianya saya nak bagi tahu anda semua yang saya sudah berjaya buat "Felt Craft" yang diimpikan tu ! (

Hambek kau ! Tiga biji saya buat mula mula hari tu..
Yang ni dah habis kak Ina yg keje dgn ibu tu borong..


Macam biasa lah perangai Miss Shikin bila dah berjaya buat something yang dia nak mula lah ketagih gilos sampai tak mau berhenti buat.

Once upon a time

Ibu: Kin jom la tolong ibu buat coklat..
Saya(Shikin): Jap bu..nak jahit sikit

Itu je la dialog saya dengan ibu kat rumah...  Saya still buat coklat tapi sekejap sekejap je lari masuk bilik nak sambung jahit. Huahaha 

Now felt craft dah pun jadi product baru She Keen Enterprise..boleh la datang jenguk jenguk kat page kami ya ^_^

CLICK HERE (Bawah ni okey)

Thanks for reading this entry ! <3





Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum hello hai teman teman..

jom tengok apa yang saya share ni !
Nampak macam remeh tapi sebenarnya info ini sangat berharga kalau anda luangkan cuma beberapa minit untuk baca article ni <3

http://shikin.says.com/recommendations/pride

Friday, May 4, 2012

Felt Craft Yang Comel !

Assalamualaikum hello hii babes n dudes yang comelz cantek lagi ohsem !

Hari ni tanpa segan silunya saya nak kongsi sedikit minat saya tapi saya tak reti pon nak buat.  Felt Craft, sudah lama sebenarnya saya teringin nak belajar buat benda ni tapi tak pernah ada kesempatan.  Orang lain dah macam-macam bentuk buat saya baru nak cari barang-barang untuk buat..hehe .  Memalukan sungguh saya ni bukan .. Haihh .

Tapi tak apalah..tak tahu kena la belajar kan.  jadi konklusinya saya pun search internet untuk dapatkan details tentang benda ni haa...hasilnya saya jumpa la satu blog yang jual benda-benda untuk buat Felt Craft ni dari A to Z semua dia ada jual.. dah order malam tadi..isnin or selasa sampai lah..hihi

* Kalau ade sape2 yang dah expert tu turunkan la ilmu kt saya ae..hee

Sambil-sambil saya nak promote la chocolate yg saya buat. Cantik+Sedap.
*Tempahan untuk doorgift, hantaran, birthday, engagement etc semua diterima,
* best price !
* hubungi 017 6069193 Shikin
^_^


Thank you for reading this entry ! <3



Thursday, May 3, 2012

PolkaDot Cantek

Tudung Polka Dot Cantek <3
Material : Cotton + Thai Silk
* Confortable
* RM 20



Berminat ?
Hubungi 017 6069193 Shikin
^_^

Wednesday, May 2, 2012

IMP [ Islamic Manufacturing Practice ]

Assalamualaikum hello hai aweks2 and pakwes2 sekalian.. ^_^

Setiap hari umur saya akan bertambah sehari demi sehari.  Nampak sangat saya ni semakin membesar, bukannya mengecil jd konklusinya perangai tu mestilah seiring dengan usia kan.  Alhamdulillah Tuhan dah bagi yang terbaik untuk diri saya ni and saya sangat-sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang sebab saya mampu bantu ibu dan diri saya sendiri untuk teruskan hidup ni.  Akan datang InsyaAllah saya nak bantu abah pulak.

Nampaknya di perenggan pengenalan saya dah mula melalut tak tentu pasal tapi ape yang saya cakap tu fakta ya bukan auta.  Sebenarnya saya nak kongsi pengalaman saya semasa menyertai Kursus Sejuk Beku bersama Jabatan Pertanian di Manong Perak 24 hingga 27 April lalu.  Pengalaman ni sangat berharga sebab itulah saya nak kongsi dengan semua orang ! <3

Apa yang saya dapat semasa kursus ini ??

# Rasanya semua orang tau saya ni tak pandai masak kot... Yang saya pandai masak nasi, masak air, goreng telur dan yang sewaktu dengannya. :)  Kursus sejuk beku yang saya sertai tu kitorang buat kuih koci, otak-otak ikan dan udang dan Apam Polkadot. (orang lain dah advance saya bru nk belajar buat apam tuh. MALU) hehe

# Kami diajar untuk mengamalkan GMP semasa di dapur.  GMP tu apa?? Saya pun mula2 tak tau juga GMP tu ape ..lepas kursus tu baru saya tau... GMP (Good Manufacturing Practice) perlu diamalkan oleh pengilang-pengilang untuk memastikan setiap produk yang dihasilkan bersih, berkualiti dan bebas dari kuman2 perosak yang boleh mengakibatkan kecelakaan terhadap pengilang itu sendiri atau pengguna yang membeli produk itu..

# Tajuk IMP apesal tiba-tiba cerita buat frozen food la GMP la..? Ade kaitan sebenarnya semua tu... Sevbenarnya hari terakhir kami di Manong ni, kami dibawa melawat ke kilang yang mengamalkan IMP (Islamic Manufacturing Practice) boleh dikatakan lebih bagus dari IMP sebab..semua orang pun tahu kan ajaran Islam ni semuanya mementingkan kebersihan kan.

# Yang menarik di kilang IMP yang kami lawati ini, mereka keluarkan pelbagai produk kecantikan, kesihatan, makanan, minuman dan macam-macam lah.

# Jom kita usha usha serba sikit gambar yang saya dapat masa di kilang ni ^_^


Sampai je di lokasi kami bergambar dulu ! Saya dikelilingi ibu-ibu  !!
<3

Cuba cari saya ! :P

hehehe



Yang ini kedainya..mcm2 ade jual kt sini. Rempah RrempahAN pon ada tau .
Semua dijamin Halal .

** Yang menariknya sebelum masuk ke dalam kilang ni ktorg semua sama2 baca asma ul husna bersama pekerja2 kilang ni...baca doa sebelum masuk..
Ini la pengalaman berharga sekali !

Di bahagian Kosmetik.  Ini antara botol-botol untuk kosmetik.  Saya dh lupa kosmetik ape yang  ambil produk di kilang  ni tapi ade la beberapa kosmetik yang saya pernah dengar.


Salah satu produk kesihatan.


Akak ni tengah buat packaging. Diorang ni murah dengan senyuman n ramah sgt !

Minuman untuk minda kanak2.



Ini semua antara produk yang ada di kedai bersebelahan kilang ini.

Madu


Krim kecantikan untuk wanita



Susu untuk bayi pun ada..


Coffee.  Saya dah rasa yang Baroka Cafe tu sedap tau.  Saya yg x suka coffee pon jd suka ..hehe

Gambar ni bukan di kilang..tp di Jabatan Pertanian Manong ...ini masa hari terakhir kursus kami.

Lelaki yang duduk and sebelahnya adalah tenaga pengajar kami.

# Dapat snap gambar skit2 je sebab teruja sangat tengok kilang ni kan...
InsyaAllah esok kalau saya free banyak lagi benda yang saya nak kong bersama !!

Thanks for Reading this Entry ! <3